I am really furious that someone would sell the muslim name just to justify their actions. snippets of a blogpost from seksualitimerdeka.org will be posted and my comments and correction of the issue will be posted below it. what really ticks me off is that they are involving this with a religion that is actually banning the action in the first place. it's somehow funny how idiots are trying to defend their actions using something which is against them.
"Sebagai seorang Muslim, jika saya hendak menggunakan masa dan khudrat saya untuk
memprotes sesuatu, pertamanya ia adalah terhadap rasuah, kedua, penderaan
seksual kanak-kanak, dan ketiga, suami yang berpoligami atas nama agama namun
melalaikan tanggungjawabnya terhadap isteri-isteri dan anak-anak."
Pertama sekali, sebagai seorang muslim, perkara pertama yang perlu dibanteras adalah perkara yang berkaitan dengan mempertahan dan memperkukuhkan aqidah umat islam. ini kerana aqidah merupakan perkara utama dalam islam. bahkan, jika aqidah yang diamalkan tidak bertepatan dengan aqidah rasulullah dan para sahabat, maka segala amalan yang dilakukan akan menjadi sia-sia dan tidak diterima oleh Allah S.W.T. perkara yang setrusnya bergantung kepada keperluan semasa, sama ada pembanterasan rasuah, menentang perlaksanaan kebebasan seksualiti atau apa-apa sahaja isu semasa.
"Dengan mengikuti jejak Nabi Muhammad s.a.w, kita belajar untuk menerima dan menghormati perbezaan antara satu sama lain. Ini merupakan salah satu sunnah Nabi."
Wallahua'lam saya kurang pasti siapa sebenarnya yang mengajar si penulis yang melakarkan kata-kata sebegini. akan tetapi, yang pasti ialah dia telah mengambil suatu konsep di dalam islam yang umum, dan mengkhususkan ia kepada isu seksualiti merdeka ini. sebbelum itu, saya ingin menyatakan di sini, dengan secara benarnya, ya, islam mengajar kita untuk menerima dan menghormati perbezaan. tetapi perkara ini adalah untuk perkara yang tidak berkaitan dengan isu-isu yang melibatkan aqidah islam itu sendiri. ini bukan suatu sunnah daripada Rasulullah s.a.w. ini merupakan satu penyelewengan fakta oleh mereka yang terdesak untuk menjustifikasikan perbuatan mereka.
Kemudian, penulis menyatakan beberapa ayat di dalam Al-Quran. lagi sekalai, beliau menggunakan dalil-dalil yang umum dan memutar belitkan fakta. yang amat menyedihkan bagi saya ialah sekiranya benar, penulis merupakan seorang yang beragama islam. mungkin semasa beliau sedang mencari dalil, beliau tidak terjumpa dalil yang menerangkan tentang kaum Nabi Lut yang mengamalkan homoseksualiti. dan mungkin beliau tidak jumpa ayat Allaw s.w.t melaknati perbuatan kaum Nabi Lut. ini merupakan satu usaha yang lemah oleh pihak penganjur untuk membenarkan perbuatan mereka. sedih dan pilu hati ini memikirkan masa depan negara.
Dengan ini, saya juga ingin mengajak para hadirin yang menentang "seksualiti merdeka" untuk menentang dengan sekeras-kerasnya. akan tetapi, bukan dengan sebarang himpunan atau rally yang kurang efektif. tentanglah perkara ini dengan ilmu dan hikmah supaya rakyat faham dan jelas tentang perkara dan isu sebenar.
No comments:
Post a Comment